Sejarah Al-Faruq (gelaran)

Menurut sumber sejarah Sunni, Muhammad menggelarkan Umar ibn al-Khattab sebagai al-Faruq.[1] Anak kepada Kahn Jahan, menteri kepada Muhammad bin Tughluq mendakwa Umar ibn al-Khattab mendapat gelaran ini daripada nabi Islam iaitu Muhammad.[5] Juga khalifah Umayyah Sulaiman menggelarnya sebagai al-Faruq. Disebutkan dalam Riwayat Tabari, Taqabat ibn Sad, dan Tahdhib, "Ahli Kitab (Yahudi) ialah orang pertama yang memanggil Umar sebagai al-Faruq, kami tidak pernah mendengar Rasulullah membuat rujukan sedemikian."[6]

Antara sumber-sumber sejarah Syiah, terdapat hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad di mana baginda menggelarkan Ali ibn Abi Talib sebagai al-Faruq.[7] Abu Dhar al-Ghifari dan Salman dari Parsi meriwayatkan sebahagian daripada hadis ini.[8] Terdapat juga beberapa sumber Syiah yang menekankan bahawa ahli Kitab menggelar Umar bin al-Khattab sebagai al-Faruq.[7][9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Al-Faruq (gelaran) http://lib.eshia.ir/10206/1/217/%D8%B9%D9%84%DB%8C... http://lib.eshia.ir/20007/10/303/%D9%81%D8%A7%D8%B... http://lib.eshia.ir/70832/14/156/%D9%81%D8%A7%D8%B... https://books.google.com/books?id=FPDJBAAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=YFAmAQAAIAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=Znwg5HGddY8C&pg=... https://books.google.com/books?id=fRjsrA5tfLIC&pg=... https://books.google.com/books?id=mD5ogBK5eS8C&pg=... https://books.google.com/books?id=qIDZIep-GIQC&pg=...